Wednesday 7 December 2011

DEFINISI


Internet dan Web Server:
Seperti yang di ketahui umum, internet ialah jaringan komputer global yang saling bersambungan di antara satu sama lain. Komputer-komputer ini yang bersambungan melalui kabel komunikasi dan talian telefon membentuk satu rangkaian komputer yang di namakan internet. Setiap komputer yang saling berangkaian ini boleh mengakses di antara satu sama lain dengan mematuhi syarat-syarat atau kebenaran akses yang tertentu.
Visual jaringan internetVisual Jaringan internet
Hampir secara keseluruhannya, struktur internet adalah berdasarkan model client-server. Terdapat berjuta-juta server yang bersambungan dengan internet di seluruh dunia dan kebiasaannya seseorang pengguna internet memerlukan satu atau lebih interaksi dengan satu atau lebih server.
gambaran Web ServerGambaran Bagaimana Web Server Berfungsi
Apabila anda melawat sesuatu laman web di internet, anda sebenarnya sedang mengakses sebuah server. Server ini dikenali sebagai web server yang pada dasarnya berfungsi untuk menyediakan kandungan statik (static content) kepada pelayar web (web browserdengan cara memuatkan (loading) sesebuah fail dari cakera (disk) melalui rangkaian dan menyiapsediakan untuk dipaparkan kepada pelayar web pengguna. Web browserberkomunikasi dengan web server dengan menggunakan perantara  HTTP. Anda boleh merujuk kepada laman web wikipedia untuk maklumat lanjut tentang http ini.
contoh web server dari syarikat Dellcontoh web server
bahagian dalam webserverbahagian dalaman web server
Contoh mudah untuk memahami web server ialah, apabila anda melawat blograhsiasiber.com, anda sebenarnya mengakses server di mana blog itu di tempatkan. Apa yang berlaku ialah, pelayar web yang anda gunakan seperti contohnya Mozilla Firefox danInternet Explorer akan membuat permintaan kepada web server tentang blograhsiasiber.com. Setelah dijumpai lokasinya, web server akan memaparkan blog rahsiasiber.com kepada pelayar web anda itu tadi.
Itulah serba sedikit maklumat yang dapat saya kongsikan dengan pembaca semua tentang server dan internet. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

No comments:

Post a Comment